Perisian bantuan

Perisian ini berfungsi untuk membantu pengurusan kedai online

Perisian ini membolehkan pengusaha kedai online mengetahui secara automatik jika terdapat pelanggan membuat tempahan baru atau menghubungi pengusaha kedai online melalui sistem chat.

Perisian ini mengandungi 3 fail, iaitu:

CheckNewOrder.exe
AxInterop.SHDocVw.dll
Interop.SHDocVw.dll

Ketiga-tiga fail ini dizipkan sebagai satu fail dan sila muat turun ke komputer anda di alamat ini http://www.salesmall.net/AutoCheckNewOrderAndChatReply.zip

Selepas itu, sila unzipkannya supaya 3 fail tersebut muncul kembali.

Untuk memulakan perisian ini sila klik dua kali ke atas fail yang bernama CheckNewOrder.exe

Kemudian isikan “shop id” anda (NOTA: “shop id” ini akan diberikan kepada pembeli atau pencuba kedai online. Sesiapa yang ingin mencuba kedai online ini secara percuma, sila hubungi saya melalui emel) di ruang yang disediakan. Kemudian klik butang yang bernama “start” bagi memulakannya. Perisian ini akan cuba melayari internet, jika anda mempunyai “firewall” sila benarkan perisian ini melayari internet.

Bagi memberhentikan perisian ini, sila klik butang yang bernama “stop”. Sebagai nota peringatan, sila jangan ubah teks di ruang domain kerana perisian ini perlukannya.

Jika sesiapa yang tidak tahu bagaimana unzipkan fail tersebut sila hubungi saya. Saya sedia membantu.

Tinggalkan Komen »

RSS feed for comments on this post. TrackBack URI

Tinggalkan komen

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.