Senarai herba

Ogos 30, 2009 at 3:15 pm | Dikirim dalam Selesema A (H1N1) | 1 Komen
Label: , ,
Ingin berniaga secara online ?

Buka kedai online dengan kos RM100 setahun. klik disini bagi maklumat lanjut https://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/23/buka-kedai-online-rm100-setahun/

Senarai herba dan nama saintifiknya yang digunakan dalam minuman herba yang bertujuan bagi mencegah selesema A (H1N1)

夏枯草 40g Prunella vulgaris
蛇舌草 40g ? (NOTA: sila hubungi saya jika sesiapa yang tahu)
白菊花 20g Dendranthema Morifolium
金银花 20g Lonicera
白矛根 40g Rhizoma Imperatae
大叶青 20g Great Ye (NOTA: mungkin tak betul)
半支连 20g Portulaca grandiflora
板当根 20g ? (NOTA: sila hubungi saya jika sesiapa yang tahu)
甘草片 20g Licorice

Bagi langkah penyediaan, sila klik di sini https://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/27/minuman-herba-bagi-mencegah-selesema-a-h1n1/

Minuman herba bagi mencegah selesema A (H1N1)

Ogos 27, 2009 at 5:20 pm | Dikirim dalam Selesema A (H1N1) | 7 Komen

Ingin berniaga secara online?

Buka kedai online dengan kos RM100 setahun

Minuman herba bagi mencegah selesema A (H1N1)

minuman herba cegah selesema A (H1N1)

Petua ini diberikan oleh tabib Cina untuk orang-orang yang masih sihat dan belum dijangkiti selesema A (H1N1). Kepada pesakit selesema A (H1N1), minuman herba ini tidak sesuai dan dapatkan rawatan doktor di hospital segera.

Sila cetak muka surat ini dan dapatkan senarai herba-herba dari mana-mana kedai ubat Cina. Kemudian ikut langkah-langkah penyediaan di bawah. Bagi keputusan yang baik, sila minum minuman herba ini 2 atau 3 kali seminggu. Minuman herba ini sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Langkah-langkah penyediaan

[1] Bilas herba-herba dengan air kerana ia mungkin mengandungi pasir-pasir kecil. Masukan herba-herba ke dalam periuk
[2] Tuangkan air sebanyak 3 liter (NOTA: sila gunakan air sebanyak 4 liter atau lebih. Saya telah cuba hari ini. Jika gunakan air sebanyak 3 liter hasilnya terlalu pekat)
[3] Tutup periuk dengan penutup dan masak dengan api kecil/sederhana selama 2 jam
[4] Tutupkan api dan tapis herba-herba dengan penapis.
[5] Masukkan gula perang (gula batu atau gula pasir juga boleh digunakan) secukup rasa dan gaul sehingga semua gula telah dilarutkan. Boleh diminum apabila sejuk.
NOTA: Minuman herba ini boleh disejukan di peti sejuk dan boleh tahan selama 24 jam.

Senarai herba-herba

Saya beli senarai herba pada hari ini (28 Ogos 2009) dengan harga RM9

Senarai herba bagi mencegah selesema A (H1N1)

Gambar-gambar herba

herba (1)

herba (2)

herba (3)

herba (4)

herba (5)

herba (6)

herba (7)

herba (8)

semua herba

Senarai herba dan nama saintifiknya, sila klik di sini https://bukakedaionline.wordpress.com/2009/08/30/senarai-herba/

Blog di WordPress.com.
Entries dan komen feeds.